Monday, December 7, 2009


..life is too short to worry about money..

everyone thinks about money..
but i better to think that life is short

~jasview

Thursday, September 3, 2009

coret2 kehidupan

Pelbagai ragam dan karenah manusia di dunia. Sesungguhnya amtlah jauh kite menapak..tanpa kite sedari, waktu yang bergerak, bumi yang beredar, umur yang berganjak..tanpa semuanya kita sedari!!!
bodohnya manusia..maksiat..kemungkaran..kerosakan..semuanya ingin dilakukan
lihatlah perbezaan betapa orng yang tidak mengenali atau mengamalkan ajaran agama islam dengan sewajarnya tentunya menganggap dunia ini sebagai syurga.kenapa?? mereka tiada syurga diakhirat bahkan akan di azab dengan azab siksa yang pedih.
lain pula bgi mereka yang beriman dan bertakwa..dunia ini ibarat penjara..kesusahan dan bebanan menimpa bagi orang yang sanggup dan tabah menghadapinya.

-tpi..melihat dalam jangkamasa yang panjang..tentunya susah2 dahulu dan bersenang-senang kemudian lebih tepat untuk diguna pakai

-selamat menghayati bulan ramadhan yang mulia

DRAMA..OH DRAMA.


NUR KASIH-




Secara x sengaja berminat dengan cite ni..
cite nye bgus.plakun pn bgus.tp plakon2 ni kt lua,knpe x mcm dlm cite kn..ooh.lpe lk..nme pn dorg tu belakon kn.hakhak
hrp2..pasni..dlm lakonn baik,lua pn baik la kn.
bkn ap..dlm intenet mcm2 bnde bole jmpe kn.so..x sgaje ak tertgk la gmba2 dorg bile d luar lakonn.
ak tgk bkn gmba yg edit..tp yg btul.plakon sndri akui.ak x ske la yg palsu dn mmbke keaiban org kn kn

ade yg nk komen..bole komen.hehe


Saturday, April 18, 2009

Pantun

Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakaipun nampak pusat. Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir. Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu. Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen. Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan. Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi. Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati. Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol. Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan. Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Yang baik bolehlah anda ikuti, Kalau boleh besok mulai.

Wednesday, March 25, 2009




1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?

Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada
saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik........ ......... . 'Selamat pagi Boss' Sekretari
kurang baik........ ... 'Dah pagi ni Boss'

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile
ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

Thursday, March 5, 2009

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY




  • Umur - 56 tahun (2008)
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
    BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

***Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggungjawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.


~ak minat ape yang diucapkan beliau..moga kite dpt belajar dan menghayati
link asal---->
http://nuhttp://nurjeehan.hadithuna.com/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/rjeehan.hadithuna.com/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary/




Monday, March 2, 2009

Permainan komputer lebih ketagih berbanding kokain

STOCKHOLM: Permainan komputer popular, World of Warcraft disifatkan sebagai 'paling bahaya di pasaran' dan menyebabkan ketagihan lebih berbanding kokain selepas menyebabkan seorang remaja lelaki terkena sawan selepas bermain 24 jam tanpa henti awal bulan ini.

Keluarga mangsa yang berusia 15 tahun itu segera membawa dia ke hospital didiagnos mengalami sawan disebabkan kurang tidur, kurang makan dan memberi tumpuan terlalu panjang bermain permainan itu.

Penulis laporan daripada Yayasan Penyayang Belia Sweden, Sven Rollenhagen, berkata: "Tiada satu pun kes ketagihan permainan yang kami kendalikan yang tidak membabitkan World of Warcraft.



"Ia adalah kokain dunia permainan komputer. Sebahagian pemain tidak boleh menjauhkan diri darinya dan akan terus bermain sehingga jatuh sakit."


Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Sweden menyokong laporan berkenaan sambil menambah: "Ketagihan permainan komputer semakin berleluasa di Sweden dan di seluruh dunia. � Agensi

link~ here

wahahaha..ak tau memang ramai yang suke main game..mne yg obses sgt tu..ati2 la.tp lau korg nk femes..maen la direct seminggu non stop.mne tau ley msuk berita harian kn..kn

Monday, January 12, 2009

Serangan ini adalah yang terburuk dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin sejak 1967... kekejaman tentera Israel tiada tolok bandingnya

"Sebenarnya mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973, iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak,"

Abdullah turut mempersoalkan tindakan Washington menolak keputusan pilihan raya umum Palestin yang memberi kemenangan kepada Hamas pada 2006, sedangkan Amerika Syarikat mengaku sebagai negara demokrasi yang terulung di dunia.

"Amerika Syarikat juga mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia

kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

"Tidak ada lagi kedaulatan undang-undang kerana mereka yang mencipta slogan itu sendiri yang mencabulinya. Israel dengan bongkaknya tidak menghiraukan sebarang gesaan, usaha, mahu pun rayuan pelbagai pihak termasuk PBB, Kesatuan Eropah, Liga Arab dan OIC untuk mengadakan gencatan senjata,"

Beliau berkata, rejim itu akan terus dikenali dengan sikap bebal dan tidak mesra kepada kehendak masyarakat antarabangsa seperti diperlihatkan tindakannya menceroboh dan menduduki sempadan baru di tanah Palestin.

"Sehingga kini berbanding hampir 60 tahun lalu, saiz wilayah Israel bertambah lebih 30 peratus daripada keluasan asalnya,"

kata Datuk Seri Najib Razak


Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah.....turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin.."
> (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi -dengan Izin Allah)

kata diriku..amiin

Thursday, January 8, 2009

-marilah kita baca bersama-sama-

Ta-Ha
Kami tidak menurunkan kepadamu al-Quran agar kamu menjadi susah
Tetapi sebagai peringatan bagi yang takut kepada Allah
Ianya diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
-surah Ta-Ha,ayat 1,2,3 dan 4

Al-quran mempesonakan ramai cendikiawan

Dr Jefry Lang
Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik di Universiti of Kansas di Amerika.Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga katholik di Bridgeport, Connicticut.Selama18 tahun beliau menuntut di sekolah katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agama Kristian tidak memuaskan hati beliau.Menjelang umurnya 18 tahun beliau telah menjadi ateis. 'Sekiranya ada Tuhan dan dia amat mengasihi mengapakah wujud penderitaan di dalam dunia ini'.
Sebagai seorang pensyarah muda, beliau telah menemui Tuhan sebagai satu realiti.Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama islam di universiti tersebut.Beliau telah diberikan senaskhah Al-Quran dan beberapa buah buku mengenai islam.Apabila beliau ditanya mengapakah dia tertarik dengan Al-Quran sedangkan Al-Quran adalah dalam bahasa arab yang asing baginya..beliau berkata-
-pelukis mampu menyebabkan mata sebuah potrait seakan-akan mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?
-Mengapakah seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya? Beliau berkata membaca al-Quran dapat memberi ketenangan jiwa kepadanya dan kekuatan di saat-saat beliau menghadapi kesusahan
setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapanya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang al-Quran membaca pemikiranku.kata Lang

Banyak lagi sebenarnya.Antaranya, Yusuf islam@Cat stevens, Aminah AsSilmi, Yvonne Ridley, Khadija Abdul Qaahar, Johann Wolfgang von Goethe, Professor Ibrahim Stoke dan Halimah Stoke

Sunday, January 4, 2009

Thursday, January 1, 2009

ZIONIST: MEMPERSENDAKAN UMAT ISLAM





Terletak di tengah kota , Manhattan, New York. Mereka telah mendirikan sebuah rumah minuman arak berbentuk kiblat umat Islam , Mekah. Mereka namakan " Apple Mecca ".
Di Israel pula, tandas yang merupakan patung wanita bertudung menjadi popular. Ini satu persendaan terhadap wanita Islam.



BOYCOTT BRAND DAN LABEL ini.
DENGAN MEMBELI BRAND ATAU LABEL INI ANDA MENABUNG UNTUK ISRAEL-ZIONIST BAGI MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE.



















































































Marilah kita BOYCOTT produk Israel-zionist dan Amerika zionist ini, dan tunjukkan kepada dunia apa yang mampu kita laksanakan.


WALAUPUN kebanyakkan produk ini sudah menjadi pilihan kita selama ini, cubalah semampunya untuk tidak memilihnya.


Berikrar dalam hati:

" Hari ini tiada lagi produk Israel dan sekutunya ini dalam genggamanku DAN tidak juga sebagai pilihanku ".



Semua informasi dalam blogs ini akan dikemaskinikan dengan maklumat terkini, juga dari maklumat dari teman blogers.