Thursday, January 8, 2009

-marilah kita baca bersama-sama-

Ta-Ha
Kami tidak menurunkan kepadamu al-Quran agar kamu menjadi susah
Tetapi sebagai peringatan bagi yang takut kepada Allah
Ianya diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
-surah Ta-Ha,ayat 1,2,3 dan 4

Al-quran mempesonakan ramai cendikiawan

Dr Jefry Lang
Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik di Universiti of Kansas di Amerika.Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga katholik di Bridgeport, Connicticut.Selama18 tahun beliau menuntut di sekolah katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agama Kristian tidak memuaskan hati beliau.Menjelang umurnya 18 tahun beliau telah menjadi ateis. 'Sekiranya ada Tuhan dan dia amat mengasihi mengapakah wujud penderitaan di dalam dunia ini'.
Sebagai seorang pensyarah muda, beliau telah menemui Tuhan sebagai satu realiti.Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama islam di universiti tersebut.Beliau telah diberikan senaskhah Al-Quran dan beberapa buah buku mengenai islam.Apabila beliau ditanya mengapakah dia tertarik dengan Al-Quran sedangkan Al-Quran adalah dalam bahasa arab yang asing baginya..beliau berkata-
-pelukis mampu menyebabkan mata sebuah potrait seakan-akan mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?
-Mengapakah seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya? Beliau berkata membaca al-Quran dapat memberi ketenangan jiwa kepadanya dan kekuatan di saat-saat beliau menghadapi kesusahan
setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapanya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang al-Quran membaca pemikiranku.kata Lang

Banyak lagi sebenarnya.Antaranya, Yusuf islam@Cat stevens, Aminah AsSilmi, Yvonne Ridley, Khadija Abdul Qaahar, Johann Wolfgang von Goethe, Professor Ibrahim Stoke dan Halimah Stoke

2 comments:

Anonymous said...

mikel jakson..??

The Extendables said...

hoho..btul gk