Monday, January 12, 2009

Serangan ini adalah yang terburuk dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin sejak 1967... kekejaman tentera Israel tiada tolok bandingnya

"Sebenarnya mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973, iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak,"

Abdullah turut mempersoalkan tindakan Washington menolak keputusan pilihan raya umum Palestin yang memberi kemenangan kepada Hamas pada 2006, sedangkan Amerika Syarikat mengaku sebagai negara demokrasi yang terulung di dunia.

"Amerika Syarikat juga mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia

kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

"Tidak ada lagi kedaulatan undang-undang kerana mereka yang mencipta slogan itu sendiri yang mencabulinya. Israel dengan bongkaknya tidak menghiraukan sebarang gesaan, usaha, mahu pun rayuan pelbagai pihak termasuk PBB, Kesatuan Eropah, Liga Arab dan OIC untuk mengadakan gencatan senjata,"

Beliau berkata, rejim itu akan terus dikenali dengan sikap bebal dan tidak mesra kepada kehendak masyarakat antarabangsa seperti diperlihatkan tindakannya menceroboh dan menduduki sempadan baru di tanah Palestin.

"Sehingga kini berbanding hampir 60 tahun lalu, saiz wilayah Israel bertambah lebih 30 peratus daripada keluasan asalnya,"

kata Datuk Seri Najib Razak


Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah.....turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin.."
> (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi -dengan Izin Allah)

kata diriku..amiin

Thursday, January 8, 2009

-marilah kita baca bersama-sama-

Ta-Ha
Kami tidak menurunkan kepadamu al-Quran agar kamu menjadi susah
Tetapi sebagai peringatan bagi yang takut kepada Allah
Ianya diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
-surah Ta-Ha,ayat 1,2,3 dan 4

Al-quran mempesonakan ramai cendikiawan

Dr Jefry Lang
Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang matematik di Universiti of Kansas di Amerika.Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga katholik di Bridgeport, Connicticut.Selama18 tahun beliau menuntut di sekolah katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agama Kristian tidak memuaskan hati beliau.Menjelang umurnya 18 tahun beliau telah menjadi ateis. 'Sekiranya ada Tuhan dan dia amat mengasihi mengapakah wujud penderitaan di dalam dunia ini'.
Sebagai seorang pensyarah muda, beliau telah menemui Tuhan sebagai satu realiti.Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama islam di universiti tersebut.Beliau telah diberikan senaskhah Al-Quran dan beberapa buah buku mengenai islam.Apabila beliau ditanya mengapakah dia tertarik dengan Al-Quran sedangkan Al-Quran adalah dalam bahasa arab yang asing baginya..beliau berkata-
-pelukis mampu menyebabkan mata sebuah potrait seakan-akan mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?
-Mengapakah seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya? Beliau berkata membaca al-Quran dapat memberi ketenangan jiwa kepadanya dan kekuatan di saat-saat beliau menghadapi kesusahan
setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapanya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang al-Quran membaca pemikiranku.kata Lang

Banyak lagi sebenarnya.Antaranya, Yusuf islam@Cat stevens, Aminah AsSilmi, Yvonne Ridley, Khadija Abdul Qaahar, Johann Wolfgang von Goethe, Professor Ibrahim Stoke dan Halimah Stoke

Sunday, January 4, 2009

Thursday, January 1, 2009

ZIONIST: MEMPERSENDAKAN UMAT ISLAM





Terletak di tengah kota , Manhattan, New York. Mereka telah mendirikan sebuah rumah minuman arak berbentuk kiblat umat Islam , Mekah. Mereka namakan " Apple Mecca ".
Di Israel pula, tandas yang merupakan patung wanita bertudung menjadi popular. Ini satu persendaan terhadap wanita Islam.



BOYCOTT BRAND DAN LABEL ini.
DENGAN MEMBELI BRAND ATAU LABEL INI ANDA MENABUNG UNTUK ISRAEL-ZIONIST BAGI MEMBUNUH RAKYAT PALESTINE.



















































































Marilah kita BOYCOTT produk Israel-zionist dan Amerika zionist ini, dan tunjukkan kepada dunia apa yang mampu kita laksanakan.


WALAUPUN kebanyakkan produk ini sudah menjadi pilihan kita selama ini, cubalah semampunya untuk tidak memilihnya.


Berikrar dalam hati:

" Hari ini tiada lagi produk Israel dan sekutunya ini dalam genggamanku DAN tidak juga sebagai pilihanku ".



Semua informasi dalam blogs ini akan dikemaskinikan dengan maklumat terkini, juga dari maklumat dari teman blogers.