Monday, March 2, 2009

Permainan komputer lebih ketagih berbanding kokain

STOCKHOLM: Permainan komputer popular, World of Warcraft disifatkan sebagai 'paling bahaya di pasaran' dan menyebabkan ketagihan lebih berbanding kokain selepas menyebabkan seorang remaja lelaki terkena sawan selepas bermain 24 jam tanpa henti awal bulan ini.

Keluarga mangsa yang berusia 15 tahun itu segera membawa dia ke hospital didiagnos mengalami sawan disebabkan kurang tidur, kurang makan dan memberi tumpuan terlalu panjang bermain permainan itu.

Penulis laporan daripada Yayasan Penyayang Belia Sweden, Sven Rollenhagen, berkata: "Tiada satu pun kes ketagihan permainan yang kami kendalikan yang tidak membabitkan World of Warcraft.



"Ia adalah kokain dunia permainan komputer. Sebahagian pemain tidak boleh menjauhkan diri darinya dan akan terus bermain sehingga jatuh sakit."


Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Sweden menyokong laporan berkenaan sambil menambah: "Ketagihan permainan komputer semakin berleluasa di Sweden dan di seluruh dunia. � Agensi

link~ here

wahahaha..ak tau memang ramai yang suke main game..mne yg obses sgt tu..ati2 la.tp lau korg nk femes..maen la direct seminggu non stop.mne tau ley msuk berita harian kn..kn

No comments: