da bagi nasihat jangan makan babi tanak denga
da bagi nasihat suh bsuh tgn salu tanak denga
-
Jumpa cacing dalam otak pesakit wanita
WASHINGTON - Sekumpulan doktor pakar yang sedang melakukan pembedahan membuang tumor otak seorang pesakit wanita terkejut selepas mereka mendapati terdapat seekor cacing, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesakit itu dari Arizona, Amerika Syarikat (AS), Rosemary Alvarez menjalani pembedahan membuang tumor otak selepas mengalami kesakitan pada tangan dan penglihatannya menjadi kabur.
Selepas melakukan ujian imbasan, doktor-doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan tetapi terkejut selepas mendapati seekor cacing telah menembusi otak Alvarez.
Para doktor berpendapat kehadiran cacing adalah mungkin akibat makan daging babi yang tidak masak atau disebarkan oleh individu yang tidak mencuci tangan selepas menggunakan tandas.
Alvarez yang dijangka pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu berharap orang ramai akan mengambil iktibar daripada pengalamannya.
"Basuh tangan anda dan basuh tangan anda," katanya. - Agensi
-elakkan juga memakan bahan-bahan mentah seperti sushi,etc
-kurangkan minum minuman bergas
-ikut cara dan kaedah pemakanan nabi kita. InsyaAllah sihat dan selamat
3 comments:
astagfirullah.. seram aku..
jauhkan jauhkan..
yark!!!
-hati2 ya
Post a Comment